Thursday, November 17, 2011

Perkahwinan di Syurga


Soalan: Kalau tak sempat kahwin di dunia, kahwin di syurga nanti bagaimana ustaz? Kena bayar mas kahwin ke seperti yang duniawi ni? Kena ikut adat pelik-pelik tunang, hantar hantaran?

Jawapan UAI: Semua yang baik ada di syurga seperti hantaran, mas kahwin, jamuan dan lain-lain.

Hukum Pakai Pakaian Untuk Berhias


Soalan: Apa hukumnya pakai topi, tali leher semata-mata untuk berhias?

Jawapan UAI: Harus berhias dengan syarat jangan pakaian yang haram seperti terbuka aurat atau pakaian yang tertentu untuk upacara agama lain atau pakaian dari wang yang tidak halal.

Kenapa Kena Percaya Islam, Bukan Agama Lain?


Soalan: Kenapa kita kena percaya Islam dan bukan agama lain?

Jawapan UAI: Sebab kita kena percaya pada kebenaran, hanya Islam yang benar. Agama lain rekaan manusia bukan dari Tuhan.

Isu Ngaku Ada Kasyaf


Soalan: Ada segolongan yang mengakui dia mempunyai kasyaf. Apa pandangan ustaz?

Jawapan UAI: Kasyaf harus berlaku cuma jangan sibuk nak mengaku, jadi fitnah.

Binatang Dapat Lihat Jin Atau Syaitan


Soalan: Binatang dapat melihat jin atau syaitan, betul atau salah?

Jawapan UAI: Betul.

Sihir Boleh Tukar Manusia Jadi Binatang?


Soalan: Bolehkah ahli sihir menyihir manusia menjadi binatang? 

Jawapan UAI: Tidak ada seorang ahli sihir pun yang boleh menukar manusia menjadi haiwan. Sihir hanyalah permainan syaitan yang menutup penglihatan mata manusia, bukannya sungguh terjadi.

Hukum Lelaki Bertindik dan Jadi Wali


Soalan: Apa hukumnya lelaki bertindik? Boleh ke jadi wali anaknya nanti? Kalau dah buka tindik tu masih boleh jadi wali anaknya nanti atau tidak?

Jawapan UAI: Menurut pendapat ulama fiqh,bertindik hanya dikhususkan untuk wanita, bila lelaki bertindik jadilah dia fasiq dan tidak boleh menjadi wali. Tetapi jika telah taubat, sah menjadi wali pada hari itu juga.

Hukum Takut Hantu


Soalan: Macam mana kalau seseorang itu sembahyang tapi takut hantu?

Jawapan UAI: Takut hantu sebab rupanya hodoh tak apa, jangan takut dengan iktikad hantu boleh beri mudarat, itu syirik.

Hukum Tabur Bunga di Pusara


Soalan: Boleh tahu apa hukumnya tabur bunga di atas pusara atau kubur?

Jawapan UAI: Jika tujuan mayat dapat rahmat tasbih bunga tersebut, harus. Kalau semata-mata ikut budaya bukan Islam, haram. 

Isu Kaki Seluar Labuh Bawah Paras Buku Lali


Soalan: Adakah berseluar labuh, lepas buku lali dikeji syarak walaupun kita tak niat sombong atau riak? Sebab  payah nak jumpa seluar yang di atas buku lali, dan kalau potong pun rasa tak selesa jalan, bukan niat sombong cuma keselesaan diri, keyakinan diri.

Jawapan UAI: Jika bukan niat menyombongkan diri, makruh sahaja hukumnya, yang kata haram atau keji itu pandangan mazhab lain.